rehat sejenak... dengarkan..
Posts
Showing posts from 2012
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum w.b.t. Keputusan PMR 2012 telah keluar pagi tadi. Pada waktu itu saya sedang mempengerusikan mesyuarat kokurikulum di SKST. Pn Rozita menalifon saya dan mengharapkan saya dapat melihat keputusan itu di sekolah SMKDUSAJ. Syukur saya kehadirat Allah subhanahu wataala. dengan keputusan yang menggembirakan hati saya sebab KHB KT telah mencapai 100% lulus dan 16 orang murid dapat gred A. Daripada 49 calon. Sekali lagi tahniah. Sebagai Ketua Panitia KHB, di situ saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pn Rozita kerana mencapai 100% lulus ERT daripada 51 calon dan kualiti gred A seramai 26 orang murid. manakala GPMP 1.7. Satu peningkatan yang sangat baik. GPMP KH KT menurun sedikit iaitu 2.46. Semuanya atas usaha murid sendiri. Guru ni sebagai pemudahcara dan mendoakan semuanya terbaek. Petang tadi ada murid menelefon saya untuk mengucapkan terima kasih kepada saya. Tahniah Babam dan Fais. Itu nama yang saya harapkan mendapat A. Bustami dan Basirudin tahniah untu...
Sek Keb.Sepri Tengah, Jelebu, N.Sembilan
- Get link
- X
- Other Apps
Sekolahku yang baru telah memberikan aku pengalaman dan banyak yang aku pelajari dan sebagai GPK Kokurikulum aku akan memegang tanggungjawab yang lebih berat di sini. Apa yang aku harapkan ialah kerjasama daripada semua warga sekolah dan pimpinan sekolah agar dapat membimbing aku untuk memajukan sekolah ini dalam mencapai Visi dan Misi sekolah.
Kepada bekas murid ku di SMKDUSAJ andalah penyambung kejayaan PMR 2012 dan kepada Ahli KRS Putera dan Puteri semuanya saya doakan semoga berjaya dalam Pertandingan Kawat Kaki Negeri pada tahun hadapan . Walaupun saya tidak lagi menjadi jurulatih kamu, tetapi Cikgu Kasbun Anuar masih ada.
- Get link
- X
- Other Apps
