Assalamualaikum . Post saya pada hari ini ialah berkenaan dengan bidang perguruan yang telah saya lalui selama lebih 30 tahun.
Bagi seorang guru yang bekerja selama itu tentu telah banyak pengalaman yang telah saya lalui. Ingin saya berkongsi cerita pahit manis sebagai seorang guru biasa hingga menjawat jawatan GPK pentadbiran.Susah juga hendak mentadbir manusia ni kan? Alhamdulillah semua cabaran dan dugaan telah saya tempuhi dan yang penting adalah niat kita. Jangan sekali-kali menyakiti hati manusia. Arahan tegas. Jadikan mereka sahabat dan kawan setia. Berdamping dan berdoalah selalu. Bagi anak murid saya, harapan saya supaya mereka dapat menjadikan kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat sebagai tujuan hidup mereka. Mereka akan mendoakaan kita sebagai cikgu mereka selama ini. Doa mereka akan menjadi bekalan kita di dunia dan di akhirat. Ramai murid saya yang telah mencapai kejayaan sebagai Doktor Perubatan, Pensyarah Universiti. Ada juga yang kurang berjaya tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat kemahiran yang saya ajar semasa di Sekolah Menengah dahulu. Ada yang menjadi mekanik kereta, Saloon, Membuka kedai Aircond, kedai motosikal dan sebagainya.
Begitu juga dengan anak-anak saya yang mempunyai cita-cita sendiri. Dua orang anak saya telah belajar ke Universiti. Semangat yang berkobar-kobar perlu ada pada setiap orang. Ingin berjaya mencapai cita-cita masing-masing.
Saya harap semua murid-murid saya dan bekas murid-murid saya memberikan segala tenaga dan usaha untuk mencapai kejayaan. Bantulah diri sendiri untuk kejayaan ummah. Sekian.

Comments
Post a Comment